Wednesday, September 2, 2009

Sama tapi tak serupa


Semalam sebelum saya melelapkan mata, sempat saya berborak bersama seorang teman. Kami berbual tentang pelbagai perkara. Salah satu perkara yang kami bincangkan adalah mengenai kuih yang paling ingin dimakan sewaktu pulang ke kampung khususnya pada bulan puasa ini. Saya tergelak besar apabila teman saya memberitahu bahawa dia teringin untuk makan kuih Badak Berendam. Saya pun bertanya mengenai rupa bentuk kuih yang mempunyai nama yang unik yang disebut oleh teman saya itu. Rupanya saya juga menggemari kuih tersebut. Cuma kuih itu saya gelar dengan panggilan Sagupa. Ingin tahu bagaimana kuih tersebut? ianya merupakan kuih sagu yang berwarna putih dan dimasak bersama santan. Sangat sedap... Rupanya ada orang menggelar kuih yang sama dengan nama berbeza. Sekurang-kurangnya saya memperoleh satu pengetahuan baru daripada perbualan bersama teman sebelum tido.

No comments:

Post a Comment