Sunday, September 6, 2009

Pemandu Pelancong


Satu ilham tidak terduga muncul menerjah ke dalam imiginasi saya. Saya tahu saya bukanlah si pengumpul imiginasi yang kaya. Imiginasi hanya akan muncul sewaktu saya menggerakkan kedua-dua belah kaki menandakan saya dalam proses untuk tidur. Dari kecil sehinggalah telah mencecah ke usia dewasa pada 13 Ogos yang lalu, memang itulah tabiat yang sukar dilempar jauh. Keluarga juga sudah sedia maklum, jika saya menggerakkan kedua-dua belah kaki, itu bemakna saya sedang berimiginasi..sebelum melelapkan mata. Op..ilham yang muncul semalam ialah saya pergi melancong ke Hawaii. Hawaii sememangnya destinasi yang ingin saya kunjungi dan sering muncul dalam imiginasi saya. Entah mengapa saya amat tertarik dengan Hawaii. Entah apa yang ada di situ? jadi untuk mengetahui tentang tempat-tempat yang menarik yang terdapat di situ saya memerlukan seorang pemandu pelancong. Saya mempunyai cadangan!! Apa kata Hang Tuah menjadi pemandu pelancong saya. Sambil Tuah memandu arah saya, beliau menceritakan tentang sejarah dan asal-usul tempat yang kami singgahi. Sejarah dan asal-usul yang diceritakannya pula adalah sejarah Melaka tetapi di bumi Hawaii.. wah..mencurah-curah idea yang muncul. Bak kata Dr Mawar..apa saja idea atau imiginasi yang dapat membantu, catatkan segera sebelum ianya hilang. Mungkin ilham yang muncul itu dapat membantu kita dalam proses penulisan. (gambar pantai hawaii)

No comments:

Post a Comment