Thursday, September 3, 2009

Antara dendam, persahabatan dan kesetiaan


Malam ini aku dan teman sebilikku berbicara mengenai Tuah dan Jebat..pahlawan melayu. Temanku menyatakan kekagumannya dengan watak Jebat. Katanya Jebat merupakan seorang sahabat yang setia dan sanggup berdepan dengan pelbagai rintangan hanya semata-mata untuk mempertahankan sahabatnya Tuah, katanya Jebat seorang pembela sejati. Baginya, Tuah tidak menghargai pengorbanan sahabatnya dan sanggup membunuh Jebat. Memang tidak dapat dinafikan yang Tuah seorang rakyat yang amat setia pada pemerintah memandangkan undang-undang terdahulu yang memerlukan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap sultan. Konsep "waad" juga telah menetapkan bahawa rakyat perlu menumpahkan kesetiaan terhadap sultan dan sultan perlu adil pada rakyat. Tapi apakan nilai sebuah persahabatan dimata Tuah. Bagi saya pula, Tuah mungkin dalam dilema. Mungkin dia tidak ingin melihat Jebat terus hanyut dalam dendam yang tidak berkesudahan. Antara dendam, persahabatan, dan kesetiaan. Jika kita berada di dalam situasi ini, apakah pilihan kita?

1 comment: