Sunday, September 27, 2009

HARI RAYA

Saya baru saja tiba di ukm setelah seminggu lebih bercuti di kampung saya di Kelantan semperna menyambut ketibaan syawal. Emm..syawal? sememangnya satu istilah yang amat saya gemari kerana bagi saya, syawal adalah hari yang amat saya nantikan dari kecil sehinggalah sekarang. Syawal atau hari raya ini adalah senyuman, keceriaan dan kegembiraan bagi saya. Hari raya seminggu yang lalu disambut dengan meriah bersama keluarga saya. Tetapi entah mengapa, hari raya hanya disambut dengan meriah pada hari pertama pada bulan syawal sahaja. Alangkah baik jika perasaan menyambut syawal pertama berterusan sehingga sebulan pada bulan syawal yang mulia itu. Alamak!!... sudah lama saya tinggalkan Hang Tuah. Mesti Tuah rindukan saya bukan. Emm.. percaya atau tidak jika saya katakan bahawa pada hari raya minggu yang lalu Tuah telah datang beraya ke rumah saya di Kelantan? Saya sendiri yang menjemputnya di lapangan terbang. Sungguh tampan dia berbaju melayu. apa yang paling menggembirakan saya, dia membawa buah tangan untuk sata berupa biskut Almond London yang merupakan favourite saya. Memang Tuah amat memahami saya.he!

Tuesday, September 8, 2009

Perigi Hang Tuah di belakang rumahku..

Apa dh nk jadi ni? Macam-macam idea yang muncul dalam kepala saya tentang cerpen Hang Tuah ini. Yang mana satu sebenarnya yang mampu saya sempurnakan menjadi sebuah cerpen yang nyata? Ente sudah fening la... silap-silap hari bulan saya ni digelar "minah jening" kelak. mana tak nya, asyik berangan dan berimiginasi setiap saat tapi satu kerja pun tak jalan. sabar...sabar...mungkin hasilnya akan kelihatan nanti. Satu lagi idea yang muncul di dalam kotak minda hikmat saya. Idea ini muncul sewaktu saya melihat gambar perigi Hang Tuah. Di belakang rumah saya di kampung juga terdapat satu perigi usang yang masih boleh digunakan sehingga sekarang. Saya membayangkan perigi yang terdapat di belakang rumah saya itu adalah perigi Hang Tuah. Apa yang lebih menariknya, saya membayangkan setiap kali saya mempunyai masalah, kemurungan atau kesedihan, perigi itulah yang akan menjadi teman saya. Apabila saya menghampiri perigi itu, bayangan Hang Tuah akam muncul di dalam air perigi. Hang Tuah akan menghiburkan hati saya dengan menceritakan kisah-kisah tentang hidupnya. Dalam hal ini, saya membayangkan Hang Tuah muncul sebagai seorang pakar kaunseling kepada saya. Dia jugalah penawar tatkala saya berada dalam kedukaan. Macam-macam kan? ayo... apa nak jadilah dengan kamu ni zaila.. just wait and c...

Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit



Monday, September 7, 2009

cantik di hati...


Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah SWT, air mata taubat, sujud panjang di atas hamparan sejadah, dan malu kepada Allah SWT ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan. Jadikan takwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita tercantik di dunia meskipun pakaianmu bertampal. Jadikan rasa malu sebagai baju kurung anda, nescaya anda akan menjadi wanita yang paling anggun di dunia meskipun anda tidak bersepatu.

DEMI MATAHARI DAN SINARNYA DI PAGI HARI
DEMI BULAN APABILA IA MENGIRINGI
DEMI SIANG HARI BILA MENAMPAKKAN DIRINYA
DEMI MALAM APABILA IA MENUTUPI
DEMI LANGIT BERSERTA SELURUH BINAANNYA
DEMI BUMI BERSERTA YANG ADA DI HAMPARANNYA
DEMI JIWA DAN SELURUH PENYEMPURNAANNYA

ALLAH, SUBHANALLAH...ALLAH, SUBHANALLAH
ALLAH, SUBHANALLAH...ALLAH, SUBHANALLAH

ALLAH MENGILHAMKAN SUKMA KEFASIQAN DAN KETAKWAAN
BERUNTUNG BAGI YANG MENYUCIKAN-NYA
MERUGI BAGI YANG MENGOTORI-NYA... SUBHANALLAH

Sunday, September 6, 2009

Pemandu Pelancong


Satu ilham tidak terduga muncul menerjah ke dalam imiginasi saya. Saya tahu saya bukanlah si pengumpul imiginasi yang kaya. Imiginasi hanya akan muncul sewaktu saya menggerakkan kedua-dua belah kaki menandakan saya dalam proses untuk tidur. Dari kecil sehinggalah telah mencecah ke usia dewasa pada 13 Ogos yang lalu, memang itulah tabiat yang sukar dilempar jauh. Keluarga juga sudah sedia maklum, jika saya menggerakkan kedua-dua belah kaki, itu bemakna saya sedang berimiginasi..sebelum melelapkan mata. Op..ilham yang muncul semalam ialah saya pergi melancong ke Hawaii. Hawaii sememangnya destinasi yang ingin saya kunjungi dan sering muncul dalam imiginasi saya. Entah mengapa saya amat tertarik dengan Hawaii. Entah apa yang ada di situ? jadi untuk mengetahui tentang tempat-tempat yang menarik yang terdapat di situ saya memerlukan seorang pemandu pelancong. Saya mempunyai cadangan!! Apa kata Hang Tuah menjadi pemandu pelancong saya. Sambil Tuah memandu arah saya, beliau menceritakan tentang sejarah dan asal-usul tempat yang kami singgahi. Sejarah dan asal-usul yang diceritakannya pula adalah sejarah Melaka tetapi di bumi Hawaii.. wah..mencurah-curah idea yang muncul. Bak kata Dr Mawar..apa saja idea atau imiginasi yang dapat membantu, catatkan segera sebelum ianya hilang. Mungkin ilham yang muncul itu dapat membantu kita dalam proses penulisan. (gambar pantai hawaii)

Saturday, September 5, 2009

Terkenangkan mereka...



Saat ini saya baru saja melabuhkan tubuh di atas katil. Pada jam 6 petang tadi saya bersama-sama tiga orang rakan pergi ke masjid untuk berbuka puasa. Selepas berbuka, kami menunaikan solat magrib, isya dan tarawih secara berjemaah. terasa kenikmatan bulan ramadhan tahun ini apabila berpeluang berbuka puasa beramai-ramai di masjid. Ini adalah satu pengalaman baru bagi saya. Dalam keberkatan ramadhan ini, saya tidak dapat lari daripada terkenangkan ibu bapa, adik-beradik serta anak-anak buah di kampung. Bertapa meriahnya jika saya berada bersama mereka di kampung. Bila terdengar lagu ayah dan ibu nyanyian allahyarham Sudirman air mata saya mengalir tanpa dipinta. Betapa kerinduan ini merobek hati saya tatkala berjauhan dengan keluarga. Dalam bulan ramadhan ini saya mendapat dua orang anak buah baru, menjadikan anak buah saya 15 orang kesemuanya. Bertambahlah kemeriahan aidilfitri tahun ini harap-harapnya., alhamdulillah...

Friday, September 4, 2009

Diriku Tun Teja

Apa cerita malam ni ye? Hari ini saya membaca komen sahabat saya Atikah Buang. Dia menggelar saya dengan panggilan "persuratan" sejak dari semester pertama pengajian lagi. Knapalah susah sangat dia nak panggil nama saya dengan panggilan sebenar. Sudah menjadi tabiat baginya menggelarkan diri saya sedemikian. Tapi saya tak kisah.. Atikah..atikah.. Dalam kesibukan saya menjalani kuliah sepanjang minggu, terdapat satu kerusingan dalam minda saya. kerungsingan mengenai watak Hang Tuah yang akan muncul dalam cerpen ciptaan saya kelak. Bagaimana saya ingin menjelmakan watak Hang Tuah dalam cerpen saya? sungguh berat tugasan kali ini. Dr Mawar? memang tanggapan pertama saya apabila meihat beliau adalah saya menganggapnya lain daripada yang lain. Bukan pujian dan bukan juga kritikan dari saya. Saya hanya menyatakan pandangan. Akibat sifatnya yang lain daripada yang lain inilah, beliau memberi tugasan cerpen eksperimental yang berkaitan dengan Hang Tuah. Saya terima tugasan ini walaupun saya memang tidak dilahirkan sebagai seorang penulis yang mempunyai daya imiginasi yang tinggi seperti Dr Mawar. Saya menyhut tugasan ini dan akan menganggapnya sebagai satu cabaran. Masih saya ingat mengenai cadangan Dr.Mawar yang mencadangkan agar saya membayangkan Hang Tuah muncul bersyair bersama saya.. Sungguh menarik tetapi saya perlu memerah imiginasi untuk menjadikan situasi itu lebih menarik. Bagaimana jika saya membayangkan diri saya sebagai Tun Teja yang menyintai Tuah tetapi cinta itu tidak kesampaian? wah...cerpen cinta dari saya. Insyaallah... Sejak saya mendengar lagu Berkorban Apa Saja yang telah didengarkan oleh Dr Mawar kepada kami dalam kuliahnya khamis lalu, saya menjadi penggemar lagu tersebut. Saya menghafal liriknya. Memang mendayu-dayu lagu tersebut. Bersesuaian dengan jiwa saya yang amat meminati lagu-lagu tradisional. Allahyarham Sudirman adalah idola saya. Lagu Berkorban Apa Saja adalah nyanyian allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang membawa watak Hang Tuah dalam cerita tersebut.

Thursday, September 3, 2009

Antara dendam, persahabatan dan kesetiaan


Malam ini aku dan teman sebilikku berbicara mengenai Tuah dan Jebat..pahlawan melayu. Temanku menyatakan kekagumannya dengan watak Jebat. Katanya Jebat merupakan seorang sahabat yang setia dan sanggup berdepan dengan pelbagai rintangan hanya semata-mata untuk mempertahankan sahabatnya Tuah, katanya Jebat seorang pembela sejati. Baginya, Tuah tidak menghargai pengorbanan sahabatnya dan sanggup membunuh Jebat. Memang tidak dapat dinafikan yang Tuah seorang rakyat yang amat setia pada pemerintah memandangkan undang-undang terdahulu yang memerlukan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap sultan. Konsep "waad" juga telah menetapkan bahawa rakyat perlu menumpahkan kesetiaan terhadap sultan dan sultan perlu adil pada rakyat. Tapi apakan nilai sebuah persahabatan dimata Tuah. Bagi saya pula, Tuah mungkin dalam dilema. Mungkin dia tidak ingin melihat Jebat terus hanyut dalam dendam yang tidak berkesudahan. Antara dendam, persahabatan, dan kesetiaan. Jika kita berada di dalam situasi ini, apakah pilihan kita?

Wednesday, September 2, 2009

Sama tapi tak serupa


Semalam sebelum saya melelapkan mata, sempat saya berborak bersama seorang teman. Kami berbual tentang pelbagai perkara. Salah satu perkara yang kami bincangkan adalah mengenai kuih yang paling ingin dimakan sewaktu pulang ke kampung khususnya pada bulan puasa ini. Saya tergelak besar apabila teman saya memberitahu bahawa dia teringin untuk makan kuih Badak Berendam. Saya pun bertanya mengenai rupa bentuk kuih yang mempunyai nama yang unik yang disebut oleh teman saya itu. Rupanya saya juga menggemari kuih tersebut. Cuma kuih itu saya gelar dengan panggilan Sagupa. Ingin tahu bagaimana kuih tersebut? ianya merupakan kuih sagu yang berwarna putih dan dimasak bersama santan. Sangat sedap... Rupanya ada orang menggelar kuih yang sama dengan nama berbeza. Sekurang-kurangnya saya memperoleh satu pengetahuan baru daripada perbualan bersama teman sebelum tido.

Tuesday, September 1, 2009

Alkisahnya....

Untuk pengetahuan semua, blog journal penulisan kreatif ini dibuat bagi memenuhi sukatan bagi kursus penulisan kreatif di bawah bimbingan Dr.Mawar Shafei. Menerusi blog ini, kami dikehendaki menulis catatan harian dan pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui sepanjang menpelajari kursus penulisan kreatif. Jangan terkejut apabila Hang Tuah juga akan muncul bersama-sama catatan saya ini... Nak tau apa yang Hang Tuah lakukan di dalam blog saya? sertailah blog saya..zaishada.